Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita !

10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.
8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

5. Jangan jadi ‘anak emak’

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko. 

segmen : WRFW ! (walk,review,follow,win)

{PICIT BANNER KALAU NAK JOIN}

Aku Join segmenlagi :)
aku ternampk segmen ni,macam best je .hehe
Aku taknak bnyk cakap lagi .Just join oke?
muahhxD

Mangsa Tag :
N

"Segmen Limited Review by Nabila"

{PICIT BANNER TU KALAU NAK JOIN}

Aku join segmen die,walaupun aku tak suka die.
sekian !

MANGSA TAG :
N

Tiada Sesalan Mencintaimu !

Tiada Sesalan Mencintaimu

Lihat langit biru,
Aku merindukanmu,
Lihatlah diriku,
Yang tak bisa melupakanmu.
Mungkinkah aku ada di hatimu,
Wahai sayangku.


Pada diriku,
Aku beruntung mengenali,
Menyayangimu sepenuh hatiku,
Tiada sesalan aku mencintaimu.


Mungkin rasa ini tiada padamu,
Dan mungkin telah kau berikan pada insan lain,
Tapi percayalah aku tidak kecewa,
Malah aku gembira melihat dan mendengar kebahagiaanmu.


Malah,
Aku terus-terusan berdoa,
Moga kasih mu bersamanya berpanjangan,
Dan ikatan suci yang akan menyusulimu.


Akan aku hadiahkan dikau,
Tangisan air mata bahagia,
Luahan luka yang sempurna,
Mengiringi ke pintu perpisahan kita nanti.


Andai satu hari nanti kau berpaling,
Dan aku muncul di ingatanmu,
Jangan pernah kau menangis,
Kerna aku tidak pernah menyesal mencintaimu.



Ape Yang Ko Dengki Sangat Dengan Aku?!

HUHH!
Ape Yang kau ta puas aty dengan aku ni?
Ko nak hackhack page aku lagi apehal?
aku da PENAT larh weyy,
aku da mls nk merayu-rayu ag mnx page tu blik!
ta sampai 2 ari aku dpt PAGE aku tu balik.asal la ko DENGKI sangat ni?ramai sangat ke nak PAGE aku tu?huhh!!Apehal kau ta tuka smua INFO,ABOUT tu semua?
kau tkot ke?
Aku malas la nak gadohgadoh ni.Takde page sendiri ke nak buat?asal nak ambik HAK orang lain?
Kalau kau tengah bace ni Kau INFORM la kat aku ape yg kau ta puas hati dgn aku.
SEKIAN ~

Nak tengok page tu?>PICIT SINI<

DAH DUE KALI KENE HACKED SBB TU AKU MARAH ~

Bicara Hati Yang Pilu ~

Hati tidak bisa berbicara bila disakiti...
Hati tidak bisa berbicara bila dikhianati...
Hati tidak bisa berbicara bila disentuh...
Kerana..
Hati sangat lembut dan tiada daya untuk mengatakan dan meluahkan segala-galanya.....


BLOG PILIHAN HARI INI !


Hai kawankawan BLOGGER :)
Hari ni aku ade TERNAMPAK blog ni.
cantik sangat n simple :D
Die pown minat korea jugk tauu !
Mesty korang ta saba-saba nak tengok an?
meh aku tunjuk !

(CLICK BANNER KLAU NK PI BLOG DIE)

Dahh?lawa kann :)
RajinRajin lah follow die ek?
muahhxD

Pengaruh Kawan ~

Kawan mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.

Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

PANDAI-PANDAILAH PILIH KAWAN YER?

"Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".

[Tekan Banner kalau nak join]

Jom Join ramai-ramai segmen ni nk tk?
Mcm BEST jeh~
hehe~

MANGSA TAG:
N


Sedih T_T

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..


Hai kawankawan blogger :)
dah lama aku tk update blog kn?
Rindu aku tak?ngee ~
Korang nak tahu tk?mcmmcm jadi ouhh~
Yang paling teruk,PAGE aku kene hacked :(
Nak tengok tk kawankawan?
>PICIT SINI<
Dah?
Nampak kan?tapi takpelah,aku sabar je buat masa sekarang ni.
Sampai hati dorank buat aku mcm ni?
Betapa sedihnye hati aku.hue hue hue ~
Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Aku harap,aku bole dapat balik page aku .


Aku Cinta Padamu !

Aku cinta padamu

Lewat malam tika insan lain lena dibuai mimpi, aku sering teringat padamu , kaulah insan yang bertakhta di hati ini,

Walaupun kita tidak pernah berbicara tentang cinta, namun kau sering mengucapkan kata rindu padaku.

Aku tahu ombak cinta itu datang juga melanda kita kerana cinta tidak akan berputik tanpa adanya kerinduan.

Tapi sekarang kita semakin menjauh, aku begitu takut kehilanganmu.

Aku tidak mahu kekecewaan menjenguk lagi di ruang hidupku cukup sudah peristiwa lalu meragut kebahagiaan kau dan aku.

Kau tentu faham, bukankah kita sama-sama punya pengalaman pernah dikecewakan cinta, kaupun tahu betapa pedihnya bila putus cinta.

Ku harap sejarah pahit itu tidak akan berulang lagi dalam hidup kita.

Sama-samalah kita semai dan bajai bibit-bibit cinta ini agar subur dan kekal abadi.

Aku begitu kagum dengan sikapmu yang bertanggungjawab.mengambil berat dan cukup sabar dalam menghadapi cabaran.

Sewaktu aku menghadapi masalah engkau yang banyak menasihatiku dan membuatkan aku tabah dalam menghadapi kehidupan yang berliku ini.

Kau juga yang menjadi pendorong kepadaku agar terus belajar hingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Insya-Allah dengan usahaku dan berkat doaku akan ku cuba menggenggam kejayaan.

Mungkin kadangkala kau kurang senang dengan sikap kebudak-budakanku. Tapi kau cuba menghadapinya seboleh mungkin agar tidak nampak ketara kemarahanmu padaku demi mahu menjaga hatiku.

Sebenarnya aku menghargai setiap nasihatmu,

Padaku kau adalah segalanya.

Aku hargai sikapmu yang matang menghadapi kerenahku.

Mungkin perhubungan kita agak terbatas kerana sikap keluargaku, lagipun aku masih bergelar pelajar dan mereka tidak mahu melihat aku gagal di tengah jalan membuatkan kau merasa kecil hati.

Ku percaya kau memahaminya kerana kematangan fikiranmu.

Ku harap kau dapat bersabar menghadapi ujian yang berat ini dan meneruskan persahabatan seperti dahulu.

Percayalah aku masih menyayangimu, sampai bila-bila pun aku tidak kutemui insan ikhlas sepertimu.

Aku percaya seandainya cinta yang kita bina atas dasar keikhlasan pasti akan
bersatu jua. Bersama-samalah kita bermohon doa agar kita dapat bersatu dan menghadapi pahit getir bersama. Tak dapat aku gambarkan bagaimana sayangnya hati ini kepadamu. kau milikku dan ku milikmu.

Alangkah bahagianya hidup ini kalau kita sama-sama seperti dahulu.

Aku dapat rasakan, akulah insan paling bertuah di dunia ini jika kita dapat bersama semula.

Ku kirimkan salam rindu di angin lalu buatmu...sesungguhnya aku cinta padamu.



Sedihnya Jadi Single !

Hidup tanpa teman istimewa ada kelebihan dan kekurangan. Di sini senarai kekurangan sekiranya jadi single. Tapi jangan sedih, setiap orang sudah Tuhan tentukan pasangan masing-masing. Okay jom tgk list ni...

Berasa sunyi - Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.

Melihat kebahagiaan orang lain- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.

Pembakar semangat- Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.


Masalah ditanggung sendirian- Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.

Kasih sayang- Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.
Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia.

Tak dapat updated blog selama seminggu :(

Assalamualaikum^_^v

Aku tak dapat updated blog selama seminggu la .
nak tahu kenape?sebab akk niel nak balik kolej dahh.
die nak bawak lappy die skali sebab ade keje.lappy lagi satu tu dah rosak sebab ape ntah:/
Nanti aku tak dpt update blog korang jgn rindu aku heh?hihi^^
Kalau aku tak dapat UPDATE BLOG rase mcm tk makan sehari je.wkaaka.
kelaka tk?:p
Err-..-
DANIELL!EH EH,mak aku dah panggil tuu,
So aku STOP kat sini yaa?
JUMPE LAGII!:)

Header baru !!


Assalamualaikum^_^v

Hai kawankawan semua .hihi^^
Korang nampak tk perubahan blog ni?
Nampak tak?
Niel tuka header baru laa!Lawa tak?"minta dipuji"haha

Header Sebelum ini:
Header Baru:

Korang rase CANTIK tak header baru ?
Ke aku nak kene tuka yang lame balik?




10 Blog Pilihan Minggu Ini !

ASSALAMUALAIKUM^_^V

Ini adalah blog pilihan minggu ini.Klik Pada Header Untuk Terus Ke Blog Mereka.

Owner::Hey there, welcome to my ordinary blog.
And please be pleasure here.
Really appreciate your present :'>

Owner:Cahaya Madu Lebah

Owner: Nur Alin Afina
Owner:MISH MEENIEY

Owner;Heyy dear . thanks for view my blog . :D


Owner:Hello Earthlings ! Welcome Here :) Do Follow Me n be Nice here .
 Also Leave ur Footprint on my Tagboard 

Owner:Awina Farhana

Owner:i am Miina . . you can call me "miina" or "min" or "ed" or whatever that sounds cute xD

 Owner:Nur Aina Fadhilah 

Owner:Irma Farisha

Jom Terjah ramairamai belog dorank !!
Kbai !:P

Contest Teka & Menang by Miera and Nabila

{Klik banner kalau nak join}

Aku join contest lagi,
aku tgh bosan ni:/
Korang nak join tk?
Klik lah banner tuuu.tunggu ape lagi:p
hehe.
Aku main teke jeh ni
jawapannye:130.

Betul tak?
kalau salah takpe lahh :)


Tanganku Bengkak :(


Assalamualaikum ^_^v

Huaaaaa.asl tibetibe nangis nie?
hihi.Tangan ku bengkak larh :(
Nak tau sebab ape?

Aku jatah basikal larhh :/
Jangan gelakkan aku :p
Dah 3 hari aku tak datang sekolah.
nasib baik dokter tu baik bagi aku MC ^^
Sayang Dokter xD

Ni pun TAIP pakai tangan kanan jeh,
wkakka.nasib baik aku tak patah tangan tau,
kalau aku patah tangan tk dpt larh AKU NK UPDATE BLOG !

Dahdah,aku malas nak cerita panjangpanjang,
aku nak tengok RUNNING MAN !
Tau kan VARIETY SHOW TUHH?
Korang bace >ENTRI NI<kalau nak tahu :)
Kbaii :p

Tip persediaan sebelum memulakan pembelajaran.

Assalamualaikum^_^v

Hai korangg !
arini niel nak bagi korang tip Tip persediaan sebelum memulakan pembelajaran.
Nak Tahu tak?JOM bace Entri ni !

1. Tahu mata pelajaran yang bakal diduduki (PMR,SPM):
 Pelajar harus memastikan mata pelajaran yang dipilih. Keadaan ini membolehkan pelajar membuat persediaan awal dengan membeli buku rujukan atau mendapatkan maklumat berkaitan subjek berkenaan.

2. Lihat sukatan mata pelajaran dalam buku teks/ rujukan.:
 Dengan merujuk sukatan mata pe lajaran, pelajar akan lebih fokus membina gambaran awal perancangan dalam pelajaran. Pelajar dalam peringkat ini boleh merujuk bahagian permulaan sukatan mata pelajaran dan membina rangka minda bentuk pembelajaran yang akan disampaikan.

3. Membaca sepintas lalu.:  Tajuk yang dibaca hendaklah mengikut sukatan mata pelajaran. Mulakan dengan membaca tajuk yang akan diajar untuk kelas yang akan datang. Walaupun tidak faham, pelajar perlu juga membaca atau membelek-belek buku itu. Sekurangkurangnya apabila guru mengajar, anda mengetahui beberapa istilah atau ayat yang disampaikan guru walaupun sedikit.

4. Kaedah bacaan `mata helang'.:  Satu kaedah bacaan yang lebih teliti supaya pelajar memahami setiap isi perkataan dalam sukatan mata pelajaran. Bentuk bacaan ini memerlukan pelajar mencari maksud setiap perkataan yang dibaca. Pelajar akan lebih mudah memahami proses pengajaran serta lebih pantas untuk berfikir.

5. Membuat nota ringkas dan membina soalan.:  Setelah meneliti bacaan, pelajar digalakkan membuat nota ringkas. Istilah yang dirujuk maksudnya dicatatkan dan membina soalan bagi perkataan atau maksud istilah yang kurang jelas. Soalan ini boleh diajukan kepada guru ketika proses pembelajaran bermula.

6. Cuba menjawab soalan:  Dalam setiap sukatan mata pelajaran kebiasaannya pasti terdapat soalan di bahagian akhir sukatan. Pelajar digalakkan menjawab soalan terbabit. Bandingkan jawapan yang dihasilkan dengan contoh jawapan yang dikemukakan. Sekiranya terdapat beberapa kesalahan atau rangka kerja yang kurang difahami, jawapan itu boleh dijadikan panduan untuk mendapat lebih penjelasan daripada guru ketika pengajaran berlangsung.

7. Kenali guru anda:  Dapatkan maklumat berkaitan guru yang mengajarkan mata pelajaran berkenaan. Maklumat yang perlu diketahui adalah bentuk pengajaran yang dilaksanakan, kemahiran, dan matlamat pengajaran yang diterapkan. Maklumat ini membolehkan pelajar lebih mudah menyesuaikan diri dengan bentuk pengajaran serta membina hubungan yang baik dengan guru.

Semoga tip yang dibentangkan dapat memberikan manfaat kepada pelajar untuk membuat persediaan awal setiap kali sebelum memulakan pembelajaran. Mulakan usaha anda dengan senyuman. Selamat berjaya.!





HarapHarap Menang Contest tuhh~.

Assalamualaikum ^_^V

Haii korangg,sihat?
Kalau tk sihat pi jumper dokter :)
Korang bole tolong niel tk?

Cube korang rase niel nak minta tolong ape?^_^
Dah teke?
sbnarnye :
"NIEL NAK MINTA TOLONG KORANG DOAKAN NIEL MNG CONTEST TU"
Dah doakan niel tk?
Harapharap niel mng contest tu.
niel tahu blog niel bukan lawa sangat,blog org lain lagi lawa,tapi niel nak jugak menang.ngee~

Sekarang ni name niel ade dalam peringkat +20 perserta Terbaik+
Tak caye?hee~tk kn tk caye kowtt-..-"

Hadiah die best tau ^^
macammacam ade !!
kalau niel kalah memang takde rezeki larh kn?
tapi niel dh cube yg terbaik EDIT BLOG ni :)

Nak tahu contest ape?
>KILK SINI<
Nak join?dah tk bole dhh:p
hehe.

Tu jelarh,niel nak cakap.
jangan lupe doakan niel tauu?
sayang korang.muahmuahxD

Madah Cinta Bergambar.


Cinta kadangkala tidak semestinya bermula dengan kata memuja dan ayat menggoda, tetapi ia terjalin sebaik kata maaf dilafazkan dengan penuh keikhlasan. Dan ia boleh menjadi azimat kepada hubungan terus berkekalan.


Yana Samsudin datang blog aku ^_^v


HAHH!
Yana Samsudin datang blog aku?
Nak tau sebab ape?
jom bace ENTRI ni !

Dekat facebook ,
Aku ternampak larh YANA SAMSUDIN update status .
Tibetibe terase nak komen dkt status die,n aku cakap mcm ni :
Aku sajesaje je anta link tu dekat status die,
Tak sangke pulak die nak singgah blog aku,
die ckap mcm ni:
Nampak tk gambar ni?
ngee ~
Wahh.memang bangge gler la.hehe.
Thnks ye kak.yana sebab sudi datang blog yg buruk ni ^_^v



nielkpop

PAGEVIEWS

up