Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

AWESOME GIVEAWAY BY AINA MANSOR

Haihaai.
Arini saia join GIVEAWAY ni:)
Hadiah die cm best jeh .
Aku tk dpt nk tulis entry yang elok sebab ak tulis pkai phone skrg :(

Saia dah follow blog awk:p
Jgn ckp saia tipu --*

Tekan link ni kalau nak join sekaki :*
Saia tk dpt nak tag dekat org,sbb susah pkai phone ni :D
Tutup GiVEAWAY NI ARINI :P
K,lah mls nk ckp lamelame.
Byebye.



TRAIL PMR :0

Assalamualaikum ,
Harinirasa teringin nk update blog :)
Esok ak da start exam trial pmr;0
Takot giler weyhh,sape tk tkot kn?:p
Sempena bulan ramadhan ni,harapharap semua dapat keputusan yg bagusbagus :*
Korang wish my luck okeyh?
Aku doakankan korang semoga berjaya juga..minggu depan nk beli baju raye :p hihi.
Sampai sini je yek?
Ni pon update pkai phone :/
Byebye :*


Cara terbaik ketika berbuka puasa :)

Cuba kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita. Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang. Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?
Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia. Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan. Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:


1) Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

2) Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4) Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

5) Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.

6) Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

Hai korang ,dah lama niel tak join segmen kan?arini tergerak hati pulak nak join segmen,hihi.
korang nak join tk segmen ni?nanti dapat HEADER free.sape tknak HEADER free:p
dahhh,niel taknak cakap bnykbnyk lagi :3


(CLICK BANNER IF YOU WANT JOIN)

Niel nak TAG 
N


Sabar Menerima Perpisahan

Uungkapan 'kita putus', ibarat tali yang sedang menjerut leher sendiri, sukar dilafaz namun perlu dibuat demi kehidupan yang lebih baik.

Memutuskan hubungan dengan insan yang masih kita cintai adalah antara perkara paling sukar dilakukan di dunia ini.

Namun sebenarnya jika dilihat kembali, hubungan yang diteruskan tersebut bukan hanya mendatangkan kebaikan malah kesakitan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua insan tersebut.
Memang masing-masing sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan tersebut, namun bagaimanakah caranya untuk memastikan keputusan tersebut kekal dan tidak akan berubah.

Pertama, pastikan anda duduk berasingan dan jangan sesekali mengubah keputusan tersebut. Jika pendirian anda berubah, anda hanya akan menyakiti diri anda sendiri, jadi pastikan anda benar-benar komited sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Seterusnya, cakap dengan pasangan anda dan beritahu dia kenapa anda tidak boleh bersamanya lagi. Komunikasi jujur dan terang lagi nyata adalah amat penting. Memberi alasan yang tidak benar, walaupun niat anda untuk menjaga hati pasangan hanya akan memberikan rasa sakit hati pada pasangan anda dan lebih rumit ia akan mengelirukan keadaan anda berdua.

Jika anda pernah berkongsi wang membeli barangan bersama, pastikan anda berdiskusi tentang hak milik barangan tersebut. Buat satu senarai barangan yang anda akan simpan dan dia simpan. Buat urusan tersebut dengan segera untuk mengelakkan barangan anda dihantar kemudian hari dan membuatkan anda berasa sedih setelah berjaya menerima keadaan tersebut.

Perpisahan bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh bertemu satu sama lain, tapi jangan jumpa dalam masa terdekat selepas perpisahan. Beri ruang dan masa sekurang-kurangnya apabila hati anda berdua telah tenang, cuba seminggu dulu atau mungkin sebulan, kaji dengan jelas perasaan anda dan kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja.

Paling utama selepas perpisahan ini ialah untuk memaafkan satu sama lain. Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati anda, tenangkan hati dan fikirkan apa kebaikan yang pernah pasangan anda lakukan, pasti ada banyak kebaikannya bukan, namun jangan berpatah balik, cekalkan hati dan mesti berpegang teguh dengan keputusan yang telah diambil.

Tip dan amaran

Proses perpisahan ini diakui memang memeritkan apatah lagi jika anda masih ada perasaan cinta padanya. Jadi untuk menggantikan perasaan tersebut, pastikan anda diselubungi kasih sayang daripada orang sekeliling seperti kawan-kawan yang amat memahami apa yang anda lalui. Tidak salah untuk anda menangisi atau bersedih dengan perpisahan tersebut, tapi awas jangan tersilap langkah dengan memencilkan diri dan dirundung kesedihan berpanjangan.

Amat penting bagi anda untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Inilah masanya anda memaksimumkan masa dengan mereka kerana itulah yang sepatutnya berlaku.

Pasangan berpisah yang mengisytiharkan status mereka 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. Jadi, janganlah berpisah jika hati masih ada cinta.

~niel~

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat:)

Teman ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

* Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

* Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

* Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.



* Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

nielkpop

PAGEVIEWS

up