Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN


    • Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
    • Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
    • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
    • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
    • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
    • Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
    • Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
    • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
    • Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
      • Mengandungi semua maklumat penting
      • Bersih dan mudah dibaca
      • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
      • Ringkas dan padat

No comments:

nielkpop

PAGEVIEWS

BLOG ARCHIVES

up