Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Tip persediaan sebelum memulakan pembelajaran.

Assalamualaikum^_^v

Hai korangg !
arini niel nak bagi korang tip Tip persediaan sebelum memulakan pembelajaran.
Nak Tahu tak?JOM bace Entri ni !

1. Tahu mata pelajaran yang bakal diduduki (PMR,SPM):
 Pelajar harus memastikan mata pelajaran yang dipilih. Keadaan ini membolehkan pelajar membuat persediaan awal dengan membeli buku rujukan atau mendapatkan maklumat berkaitan subjek berkenaan.

2. Lihat sukatan mata pelajaran dalam buku teks/ rujukan.:
 Dengan merujuk sukatan mata pe lajaran, pelajar akan lebih fokus membina gambaran awal perancangan dalam pelajaran. Pelajar dalam peringkat ini boleh merujuk bahagian permulaan sukatan mata pelajaran dan membina rangka minda bentuk pembelajaran yang akan disampaikan.

3. Membaca sepintas lalu.:  Tajuk yang dibaca hendaklah mengikut sukatan mata pelajaran. Mulakan dengan membaca tajuk yang akan diajar untuk kelas yang akan datang. Walaupun tidak faham, pelajar perlu juga membaca atau membelek-belek buku itu. Sekurangkurangnya apabila guru mengajar, anda mengetahui beberapa istilah atau ayat yang disampaikan guru walaupun sedikit.

4. Kaedah bacaan `mata helang'.:  Satu kaedah bacaan yang lebih teliti supaya pelajar memahami setiap isi perkataan dalam sukatan mata pelajaran. Bentuk bacaan ini memerlukan pelajar mencari maksud setiap perkataan yang dibaca. Pelajar akan lebih mudah memahami proses pengajaran serta lebih pantas untuk berfikir.

5. Membuat nota ringkas dan membina soalan.:  Setelah meneliti bacaan, pelajar digalakkan membuat nota ringkas. Istilah yang dirujuk maksudnya dicatatkan dan membina soalan bagi perkataan atau maksud istilah yang kurang jelas. Soalan ini boleh diajukan kepada guru ketika proses pembelajaran bermula.

6. Cuba menjawab soalan:  Dalam setiap sukatan mata pelajaran kebiasaannya pasti terdapat soalan di bahagian akhir sukatan. Pelajar digalakkan menjawab soalan terbabit. Bandingkan jawapan yang dihasilkan dengan contoh jawapan yang dikemukakan. Sekiranya terdapat beberapa kesalahan atau rangka kerja yang kurang difahami, jawapan itu boleh dijadikan panduan untuk mendapat lebih penjelasan daripada guru ketika pengajaran berlangsung.

7. Kenali guru anda:  Dapatkan maklumat berkaitan guru yang mengajarkan mata pelajaran berkenaan. Maklumat yang perlu diketahui adalah bentuk pengajaran yang dilaksanakan, kemahiran, dan matlamat pengajaran yang diterapkan. Maklumat ini membolehkan pelajar lebih mudah menyesuaikan diri dengan bentuk pengajaran serta membina hubungan yang baik dengan guru.

Semoga tip yang dibentangkan dapat memberikan manfaat kepada pelajar untuk membuat persediaan awal setiap kali sebelum memulakan pembelajaran. Mulakan usaha anda dengan senyuman. Selamat berjaya.!





1 comment:

Qistinadnan said...

wah , terima kasih sebab kongsi tips ni (:

nielkpop

PAGEVIEWS

up