Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Setakat mana perhubungan anda dengan si dia?

Tanda hubungan menjadi

Bila kita mengenali seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan dan terasa ada kesesuaian pastinya jauh di lubuk hati ada keinginan mengetahui sejauh manakah perhubungan itu akan sampai.

Untuk mengetahui setakat mana perhubungan, sama ada dia hanya sekadar rakan biasa, rakan tertawa semata mahupun insan yang bakal menjadi individu yang penting dalam hidup, ini ada beberapa panduan untuk mengenali bahawa si dia juga mahu menjadikan perhubungannya dengan lebih jauh.

Maknanya bukan sekadar menjadi rakan biasa, namun lebih daripada itu. Mungkin belum tahapnya si dia akan mengucapkan perkataan sayang mahupun cinta. Namun gerak-gerinya boleh dibaca bahawa perhubungan itu sebenarnya boleh pergi lebih jauh malah sedang menuju ke alam persefahaman yang nyata.

Tanda-tanda ini sebenarnya bergantung kepada bahasa badan. Jika si dia melihat ke dalam mata ketika bercakap si dia sebenarnya memberikan sepenuh perhatian kepada anda berbanding rakan-rakan lain.

Namun, keadaan ini sebenarnya tidak praktikal sekiranya dia atau anda sedang memandu. namun sekiranya ia melibatkan perbualan dari hati ke hati, dia akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dengan mengalihkan badannya ke arah anda dan memerhatikan ekspresi wajah anda. Ini adalah petanda bahawa dia ingin mengetahui apa yang anda sedang fikirkan.
Jika teman lelaki anda bertanya tentang kisah silam anda, impian dan kemahuan anda, keperluan dan bagaimana anda mahu diinspirasikan olehnya, hem... hem... si dia sebenarnya sudah mula ingin mengenali diri anda lebih jauh.

Cara dia memberikan anda pelukan dan belaian adalah berlainan daripada yang biasa dia lakukan terhadap anda sebelum ini. Bukan berbentuk rangsangan seksual namun belaian berdasarkan rasa keikhlasan.

Dia juga akan cuba mententeramkan anda ketika anda berada dalam keadaan hari-hari yang teruk.

Si dia boleh diharapkan dalam keadaan yang sukar bagi hidup anda di saat orang lain mula menjauhkan diri mahupun buat tidak tak tahu dalam hidup anda. Tandanya hubungan anda telah memasuki satu fasa berlainan - mungkin setingkat lagi.

Dia memberi anda hadiah yang istimewa bukan bermakna memberikan hadiah yang paling mahal. Namun mungkin sekadar kad buatan tangan, memberi sepotong kek yang cantik, memberi bunga-bungaan untuk hari jadi anda, itu juga sifat nyata yang si dia mahu menjalinkan hubungan dengan anda dalam tingkat yang seterusnya.

Si dia membuatkan anda terasa sangat istimewa sesekali menyatakan betapa dia melihat anda kelihatan cantik di matanya atau anda kelihatan menarik buatnya.

Dia mahu anda berjumpa dengan rakannya atau orang yang penting dengan dirinya. Itu tanda si dia mahu anda mengenali insan atau rakan-rakannya yang penting.

Anda merasa persahabatan anda dengannya semakin mesra dan anda merasa selesa dengannya begitu juga dengan si dia.

Dia suka menghabiskan masa dengan anda dan melayan anda sebagai seorang teman karib dan memberitahu perancangan dan impiannya. Berkongsi pandangan dan cita rasanya dengan anda itu juga salah satu keadaan yang mana hubungan anda sebenarnya sedang berada pada tahap yang sempurna untuk diteruskan.

2 comments:

princess_ida said...

Nice Info.. Kalo sudi Follow La cinie Pulaks ye..http://trueloveprincessida.blogspot.com/

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Nice entry:)

nielkpop

PAGEVIEWS

up