Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Cara terbaik ketika berbuka puasa :)

Cuba kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita. Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang. Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?
Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia. Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan. Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:


1) Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

2) Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4) Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

5) Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.

6) Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

3 comments:

Unknown said...

I LOIKE , NICE INFO !

ana mumtaz said...

cara yg baguss...sepatutnya blan puasa kite xspatutnya mendera perut kita kan...mkn sikit pun dh rasa kenyang bila berbuka nanti...beli byk2 xhbis jugak kan...hihihi :) So,bila duk kt bazar tu fikir2 la balik betul2 apa yg kita nk mkn sebenarnya...

kindergartenlibrary said...

like !!

nielkpop

PAGEVIEWS

up