Selamat malam semua nye~
aku taktau la sama ada korang dah bace berita ni belum.
Yg dah bace tu , bagus la ^^
Yang belum bace berita ni kat surat khabar , meh bace kat page ni :D
Kejadian yang memilukan , apabila seorang kanak-kanak maut dihempap pokok kelapa di depan rumah nye di Kampung Bukit Lada , selasa lalu.
JERANTUT: “Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.
“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya.
Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.
Berita tersebut aku dapati di laman myMetro
1 comment:
Ish2...kesian sgt!Harap keluarga arwah bnyak brsabar~
Post a Comment