Benarkah lelaki ini bersifat keras? Jikalau benar, kenapa masih ada lelaki yang bersifat lembut? Dimana salahnya? Apa puncanya?
Apa yang aku ingin cakapkan kat sini, sebenarnya..
Apa yang orang cuba cari melalui keyword "lelaki yang bersifat keras" ini?
Bagi aku, lelaki tetap lelaki tak kisah lembut atau keras. Kerana fitrah kejadian yang Allah S.W.T telah tetapkan, rupa fizikalnya adalah seperti lelaki. Namun apabila muncul naluri kewanitaan itu, harus berjaga-jaga dan kena pandai mengawalnya.
Adalah menyedihkan apabila semata-mata nak melengkapkan rasa dan naluri yang bertentangan dengan fitrah asalnya, seseorang itu sanggup melakukan pembedahan menukar jantina. MasyaAllah, tidak takutkah kamu akan seksa yang menanti kelak di alam akhirat?
Lelaki tak perlu lah menjadi keras sangat seperti batu, tak perlu menjadi lembut seperti sotong. Sesuaikan tingkah laku mengikut keadaan, tunjukkan kejantanan anda sebagai lelaki di tempat yang benar. Tak payah la nak tunjuk anda tu lelaki dengan cara membuli wanita. Ahh, sungguh tak cool bro.
Biar luaran nampak keras, tapi dalaman ada hati lembut umpama taman sakura yang mekar. Kerana itu yang membentuk anda sebagai manusia. Ada akal, ada hati, ada nafsu dan ada naluri. Itulah manusia.
dalam hati ada taman, lalala~ |
Aku rasa, tak perlu nak keras sangat lah kan?
1 comment:
i like this entry...hihi...
Post a Comment