Pilih Masa Yang Sesuai
Jangan terburu-buru, pilih masa yang sesuai untuk kamu bersemuka dengan sahabat. Jika dia sibuk, tangguhkan seketika hasrat sehingga dia lapang dan bersedia untuk ditemui. Pastikan dia tidak letih atau sakit agar perbincangan kamu itu tidak terganggu.
Gunakan Bahasa Yang Lembut
Hati sahabat kamu masih luka, lantaran kamu kena bijak menyusun kata. Gunakan bahasa yang lembut ketika berbicara. Jikadia memberi reaksi negatif sekali pun, kamu harus bersabar dan kekal dengan intonasi serta bahasa yang lembut. Ingat, api perlu dibalas dengan air jika ingin berdamai.
Mengakui Kesilapan
Usah malu untuk mengaku kesilapan diri kamu. Buang ego ke tepi dan bersungguh-sungguh menerangkan kesilapan kamu. Tunjukkan penyesalan dan usah berdolak-dalik, terima sahaja reaksi yang diberikannya. Jika kamu rasa ingin menangis, biarkan air mata mengalir dan usah berpura-pura mengawal perasaan demi menjaga ego.
Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan
Seterusnya kamu mesti berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan memohon dia memaafkan perbuatan kamu. Katakan kepadanya bahawa kamu banyak kekurangan dan minta dia menegur kamu jika kamu masih bersikap negatif seperti sebelumnya.
Biarkan Dia Meluahkan Isi Hati
Pastinya selepas kamu berterus-terang, perasaan sahabat kamu kembali reda. Kamu perlu memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaannya yang terluka atas perbuatan dan percakapan kamu. Luahan ini akan dapat mengembalikan ketenangan buatnya dan dalam masa yang sama, dia akan dapat meluahkan segala yang membebani dirinya selama bermasam muka dengan kamu.

No comments:
Post a Comment