Berasa sunyi - Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.
Melihat kebahagiaan orang lain- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.
Pembakar semangat- Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.
Kasih sayang- Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.
Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia.
8 comments:
Kalau dah pernah bercinta, memang akan rasa camtu. Tapi kalau masih belum..ok lagi rasanya.. :)
Single bkn la satu masalah..At least,kita ada family n kwn2 yg memahami...mgkin belum masanya kita nk bcinta.
sangat pedih kan bila jadi macam ni.. saya pun macam kamoo daniel.. :(
nikah! =)
klu single mmg sedih tpi bila pikir side positifnyer..kita xperlu pening kepala nak pikir mslh couple lagik..hewhew
single better lbh baik kot sbb x prlu nak fukir sgt org lain.. we just fikir diri sendiri je
single is simple !
tak perlu fikir pasal hati , perasaan pasangan .
betul tak ? haha
tahu x? awk x boleh berkapel lagi. dosa la... ^^"
Post a Comment