Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Aku Cinta Padamu !

Aku cinta padamu

Lewat malam tika insan lain lena dibuai mimpi, aku sering teringat padamu , kaulah insan yang bertakhta di hati ini,

Walaupun kita tidak pernah berbicara tentang cinta, namun kau sering mengucapkan kata rindu padaku.

Aku tahu ombak cinta itu datang juga melanda kita kerana cinta tidak akan berputik tanpa adanya kerinduan.

Tapi sekarang kita semakin menjauh, aku begitu takut kehilanganmu.

Aku tidak mahu kekecewaan menjenguk lagi di ruang hidupku cukup sudah peristiwa lalu meragut kebahagiaan kau dan aku.

Kau tentu faham, bukankah kita sama-sama punya pengalaman pernah dikecewakan cinta, kaupun tahu betapa pedihnya bila putus cinta.

Ku harap sejarah pahit itu tidak akan berulang lagi dalam hidup kita.

Sama-samalah kita semai dan bajai bibit-bibit cinta ini agar subur dan kekal abadi.

Aku begitu kagum dengan sikapmu yang bertanggungjawab.mengambil berat dan cukup sabar dalam menghadapi cabaran.

Sewaktu aku menghadapi masalah engkau yang banyak menasihatiku dan membuatkan aku tabah dalam menghadapi kehidupan yang berliku ini.

Kau juga yang menjadi pendorong kepadaku agar terus belajar hingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Insya-Allah dengan usahaku dan berkat doaku akan ku cuba menggenggam kejayaan.

Mungkin kadangkala kau kurang senang dengan sikap kebudak-budakanku. Tapi kau cuba menghadapinya seboleh mungkin agar tidak nampak ketara kemarahanmu padaku demi mahu menjaga hatiku.

Sebenarnya aku menghargai setiap nasihatmu,

Padaku kau adalah segalanya.

Aku hargai sikapmu yang matang menghadapi kerenahku.

Mungkin perhubungan kita agak terbatas kerana sikap keluargaku, lagipun aku masih bergelar pelajar dan mereka tidak mahu melihat aku gagal di tengah jalan membuatkan kau merasa kecil hati.

Ku percaya kau memahaminya kerana kematangan fikiranmu.

Ku harap kau dapat bersabar menghadapi ujian yang berat ini dan meneruskan persahabatan seperti dahulu.

Percayalah aku masih menyayangimu, sampai bila-bila pun aku tidak kutemui insan ikhlas sepertimu.

Aku percaya seandainya cinta yang kita bina atas dasar keikhlasan pasti akan
bersatu jua. Bersama-samalah kita bermohon doa agar kita dapat bersatu dan menghadapi pahit getir bersama. Tak dapat aku gambarkan bagaimana sayangnya hati ini kepadamu. kau milikku dan ku milikmu.

Alangkah bahagianya hidup ini kalau kita sama-sama seperti dahulu.

Aku dapat rasakan, akulah insan paling bertuah di dunia ini jika kita dapat bersama semula.

Ku kirimkan salam rindu di angin lalu buatmu...sesungguhnya aku cinta padamu.



2 comments:

Be-Lia said...

:( , cedh laa niel ... sbaq eqk ... cinta perlukn perg0banankn ... tbahkn aty ....

saya said...

alala niel nih :)
jgn la cakap cm tuh eh :)
blogg awk lagi hebat dari blog saye taw :)

nielkpop

PAGEVIEWS

up