Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

DAH LAME X UPDATE ..


~ENTRI RINGKAS~

HAI KORANGG..niel dah lame x update blog,rindu sgt2 dekat blog niy..korang rindu niel tak?hihi.niel tak dapat update blog sebab ade hal ckit..nanti kalau ade masa niel post bnyk2 entri yer?hee..Tu je yang sempat niel cerita,sekarang ni nak kuar pi makan MCD.nak ikot ta?JOMM!~


Awas Penipuan Cinta Internet


Hati berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata.

Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber.



Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet.

Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba `menjerat' cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.

Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu.

Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.

Dari sudut positif pula (biarpun tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan.

Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta.

Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.

Untuk mengelak daripada terkena, renungkan panduan berikut yang boleh dijadikan peringatan:

* Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

* Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi. Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

* Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari.

* Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

* Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.

* Kebiasaannya, ada dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti, lazimnya mereka punya niat tertentu.

Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

* Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura-pura di Internet.

* Jangan menganggap sembang di Internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

* Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.

* Berhati-hati jika individu itu mendesak untuk mendapat kan maklumat peribadi anda.

Tip untuk berjumpa kali pertama

* Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

* Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.

* Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

* Apabila bertemu, orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa ketika berbual di Internet.

* Jika anda rasa sesuatu tidak kene, elakkan perjumpaan itu segera

Tip untuk pertemuan seterusnya

* Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.

* Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

* Anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.



Tip Memujuk Teman Baik


Kadang-kadang kita melakukan kesilapan tanpa sedar terhadap teman baik hingga menyinggung perasaannya. Ada kala kita marah kerana terlalu mengikut emosi. Apabila teman merajuk, bagaimana hendak memujuknya? Di sini ada beberapa tips untuk memujuk.

Pilih Masa Yang Sesuai
Jangan terburu-buru, pilih masa yang sesuai untuk kamu bersemuka dengan sahabat. Jika dia sibuk, tangguhkan seketika hasrat sehingga dia lapang dan bersedia untuk ditemui. Pastikan dia tidak letih atau sakit agar perbincangan kamu itu tidak terganggu.

Gunakan Bahasa Yang Lembut
Hati sahabat kamu masih luka, lantaran kamu kena bijak menyusun kata. Gunakan bahasa yang lembut ketika berbicara. Jikadia memberi reaksi negatif sekali pun, kamu harus bersabar dan kekal dengan intonasi serta bahasa yang lembut. Ingat, api perlu dibalas dengan air jika ingin berdamai.

Mengakui Kesilapan
Usah malu untuk mengaku kesilapan diri kamu. Buang ego ke tepi dan bersungguh-sungguh menerangkan kesilapan kamu. Tunjukkan penyesalan dan usah berdolak-dalik, terima sahaja reaksi yang diberikannya. Jika kamu rasa ingin menangis, biarkan air mata mengalir dan usah berpura-pura mengawal perasaan demi menjaga ego.

Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan
Seterusnya kamu mesti berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan memohon dia memaafkan perbuatan kamu. Katakan kepadanya bahawa kamu banyak kekurangan dan minta dia menegur kamu jika kamu masih bersikap negatif seperti sebelumnya.

Biarkan Dia Meluahkan Isi Hati
Pastinya selepas kamu berterus-terang, perasaan sahabat kamu kembali reda. Kamu perlu memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaannya yang terluka atas perbuatan dan percakapan kamu. Luahan ini akan dapat mengembalikan ketenangan buatnya dan dalam masa yang sama, dia akan dapat meluahkan segala yang membebani dirinya selama bermasam muka dengan kamu.

Ayat sedih putus cinta~




[tekan play sebelum membaca]




Aku menangis,bukan kerana aku memerlukanmu,bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.

Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.



Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

~niel kpop~







Widget followers dimansuhkan?>



mana widget followers aku?huaaa.
Widget follower dimansuhkan serta hilang nak berhenti blogging la macam ni waaaaaa cuak ni.

Apa biar betul cerita ni,terdengar ada cerita dan berita panas yang sensasi pihak Google dengan baik hatinya akan memadam dan dimansuhkan widget follower korang yang bertimbun dan akan digantikan dengan Google+ page maknanya usaha kita yang tergila gilakan follower akan tamat dan terkubur apabila akaun Google friend connect akan dihentikan perkhidmatan oleh Google hahaa gelak padan muka yang banyak follower tu huhh gelak jahat.Tak terfikir diri sendiri pun ada follower ramai jugak wuwuuu nak nanggis.

Bengang betol aku dengan GOOGLE niy,buat penat jeh aku suruh orang follow blog aku..aku rase macam nk berhenti je update blog niy.Blog yang ramai orang follow tu mesti sedih kan?

MOOD:SEDIH~~
KBAI~

KITE ADE BB CAVER BARUU~


semalam aku pergi larh jalan-jalan dengan family aku,aku teringin larh nak beli BB caver baru.dekat THE CURVE susah betol nak cari uhh.sampai kaki lenguh,hihi..sebelum tu aku pi main BOWLING dengan kakak2 aku.mak ayh aku x main sebab tak larat.aku dapat tempat kedua uh~markah nyer:

 FATIHAH:35(PALING SIKIT)
YASMIN:85~
NIEL:65


Kakak aku yang kedua tu pandai betol main sampai boley STRIKE,aku kadang2 asyik masok longkang jeh~hihi.

Selepas dah habis main kteorg teros balik sebab da penad sgt.adik aku x dpt beli pape pown sbb x de mainan yg best kt c2

Dekat dalam kereta ayh aku cakap mcm niy:

AYAH:Nak pergi tesco tak am tengok main ko~
AM:JOM LA~
(AM TU ADIK AKU)

Aku cakap sorang2 (YESSS!)

da sampai TESCO aku pergi larh dekat tempat telefon aku jumpa BB CAVER YG LAWAA~
APE LAGI TEROS BELI LAA~HIHI.

.
.
.

Tu jelarh aku nak cite~
//kbai//


LAWAK GILER LA~



malam niy entri bergambar jeh~~

~niel kpop~



MESTI KE FOLLOWER RAMAI2 UNTUK BERBLOGING?


Anda seorang blogger?
kenapa anda berbloging?

KENAPA PERLU ADA WIDGET FOLLOWER?
perlu ke follower ramai/banyak disesebuah blog?

kenapa perlu follow blog seseorang?
1-bagi aku kalau kita ada follower..itu bermakna orang tu minat dengan hasil penulisan kita..

2- kalau guna kaedah folow saya jom...pastu saya folow awak ke,atau awak follow saya,saya follow awak...hehe..itu bagi aku boleh jadi kawan-kawan..contoh bila aku dekat group blogger malaysia..mula-mula folow mollow blog..pastu lama-lama jadi kawan..aish..best lah pulak...

3-kalau follow menfollow ni..kita tahu update! terkini seseorang bloger itu bila mula-mula log in  dekat blogger.dekat bawah tu ada tulis sape yang baru update blog dia..dan kalau follow blog yang kita minat...contoh terlupa url blog die..kita boleh cek dekat list sapa yang dah kita follow

Tapi aku tak kisah sangat berapa orang follow blog aku,janji aku boleh berblogging =)

~niel kpop~

KITE ADE FANS PAGE UNTUK BLOG~


Salam 1 malaysia n salam 1 blogger..Eh,korang nak tahu tak?niel dah ade FANPAGE UNTUK BLOG~sebenarnya segan nak wt FANPAGE niy sebab BLOG saya tak ada lah POPULAR sangat,hoho.korang boley tolong LIKE tak?

[SILE KLIK NI KALAU NAK LIKE FANPAGE NIEL]

Niel harap korang support niel oke??
kbai~

SEGMEN:SAYA SUKEW BERBLOGGING


[KLIK BANNER KALAU NAK JOIN]

nak tahu tak kenapa niel SUKEW BERBLOGGING?sebab niel boleh kenal-kenal dengan orang lain dan dapat merapatkan silaturahim.disamping itu,niel bole mengluahkan perasaan dekat BLOG,nanti tak ada sapa pown tahu.hihi..

MANGSA TAG KALI NI YELARH: Blog Naim, ayieLefthanded

~niel kpop~


APA YANG KAMU PERLU TAHU TENTANG LELAKI?


1.Tidak ramai lelaki yang sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak.Amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam untukya.

2.Lelaki gemar menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati kekasih.~

3.Jika seorang lelaki meminati perempuan tidak semestinya perempuan itu cantik.Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi sahaja.

4.kebanyakan masa,lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan.

5.Lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.~

6.Sudah menjadi perkara yang biasa sekiranya lelaki cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

7.Lelaki yang gentleman akan sentiasa menghormati seorang perempuan tidak kira situasi atau keadaan.

8.Lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati sang kekasih,,

9.Lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.

10.Bila lelaki cakap secara terus ataupun direct to the point dalam sesuatu hal itu,dia sebenarnya bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya..

perghhhh,penatnya tangan menaip..itu je yang boleh sampaikan kat korang~
kbai.~

POPULARNYE LAGU AKU NIY~


morning...pagi2 niel dah wat entri,hehe.kat shoutbox ramai orang tanya lagu ape yang niel pakai skrg niy,korang nak tau tak?
tajuk nye ialah:

Opick featuring Amanda - Maha Melihat

[TEKAN LINK TU KALAU NAK TENGOK KAT YOUTUBE]

dah tau kan???So,Apelagi pergi larh TERJAH lagu tuh.hihi.

BAI-BAI

TIP MELUPAKAN SI DIA ~


Cinta dan kasih sayang itu sememangnya datang tanpa kita sedar dan adakalanya tidak pernah kita rancang.Tetapi Tuhan memberi kita akal untuk memilih yang mana baik dan tidak baik untuk kita.Dalam situasi ini,kamu punya dua PILIHAN iaitu cinta ini mungkin boleh diteruskan andai si dia juga menaruh hati pada kamu dan dalam masa yang sama hubungan si dia dan sahabat kamu memang seperti berakhir.

walau bagaimanapun,janganlah menangguk di air yang keruh.biarlah ia datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa dan dirancang.manakala pilihan kedua sudah semestinya kamu harus meninggalkan dan hubungan meraka tidak ada sebarang masalah.bukan mudah untuk lupakan orang yang disayangi.Namun demi menjaga sebuah persahabatan,kamu harus melakukannya...



TIP UNTUK MELUPAKAN DIA

1. Jangan hubungi dia lagi dan seboleh-bolehnya andai dia menghubungi kamu,elak daripada berbual panjang.Hanya cakap perkara yang perlu sahaja.

2.Cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak diantara kamu berdua.Lakukan secara tidak langsung agar tidak ada yang perasan dengan perubahan kamu.

3.Berikanlah pelbagai alasan apabila mereka mengajak kamu keluar bersama.

4.Cari teman baru untuk mengalihkan segera pandangan dan cinta kamu pada si dia.

5.sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kam tiada masa untuk memikirkan dia.

6.Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi,pasti kamu akan mengingati si dia.

TU JELARH NIEL NAK BAGITAU KORANG SEMUA~
PENAT TANGAN MENAIP~

~niel kpop~


CONTEST BLOG SIMPLE BUT AWESOME



[KORANG NAK JOIN KLIK CNIE]






kita terjumpa CONTEST niy larhh,ape lagi terus JOIN laa.hadiah dia pown best2 tau..
jom ramai2 join contest niy(:

~niel kpop~

Adakalanya kita perlu menangis~





sila tekan play sebelum membaca~




ADAKALANYA kita perlu MENANGIS
agar kita tahu 
hidup ini bukan
sekadar KETAWA,

ADAKALANYA kita perlu ketawa agar,
kita tahu MAHALNYA nilai airmata

syukurlah kiranya ada,
yang menyakitimu,
kerana dia mengajarmu erti TABAH

syukurlah kiranya ada yang
tidak memperdulikanmu kerana dia
mengajarmu BERDIKARI

syukurlah jika ada yang menjatuhkan mu
kerana dia menghebatkan mu
untuk terus BANGUN lagi

syukurlah kiranya ada
yang menyiksamu,kerana dia
mengajarmu KESABARAN & KETABAHAN

P/S :SAYA MINTA MAAF ~~~~

Binatang bertopengkan manusiakah kita?


Assalamualaikum and well hello there.

Maaf jika tajuk di atas agak kasar. Tapi tajuk ini dipetik dari satu ungkapan yang aku dengar dari sorang ustaz yang pernah bagi ceramah dekat aku time aku sekolah sekolah dulu.

"Binatang atau manusia kah kita?"

Soalan yang nampak kasar tapi sebenarnya memang patut dipersoalkan pada diri kita.

Entry ini untuk muhasabah diri balik. Kira duduk sebentar untuk iman lah. Jika tak mahu takpe, boleh tutup blog ini dengan menekan [X]

Macam aku cakap tiada paksaan untuk membaca entry ini. (kalau korang paksa diri korang up to koranglah)

Straight to the main point. Kenapa muncul persoalan sebegini? Manusia sama ke dengan binatang?

Dekat sini aku dah buat beberapa survey and memang sah kita ni ada ala ala binatang. Malah ada segelintir lagi teruk dari binatang. (maaf jika tersalah bicara, terkasar bahasa)

Contohnya.

Orang Utan ni bukan dari Sepilok Sabah. Tapi niel cilok dari google. Tapi tu bukan main point niel. Korang tengok cara mama orang hutan tu pegang anak dia. Cuba kauorang culik anak dia bawak lari, niel boleh jamin mama orang utan tu akan kejar korang habis habisan.

Tapi apa jadi dengan kita, as manusia nowadays?

Senang senang buang baby. Wei! Dah pandai buat please lah jaga. Jangan lah buang. Kalau payah sangat nak jaga, bak mai bagi aku. Aku rela jaga.(seriously, kenapa nak buang anak yang tak bersalah? sobs)

2)  Bergurau senda
Haiwan pun tahu nak bergurau senda dengan pasangan mereka sendiri. Sama sahaja macam manusia. Tapi manusia kadang kadang bergurau sampai menjadikan pasangan mereka itu sebagai boneka.


Bermesra sangat sampaikan tak tahu menghargai pasangan sendiri dan memainkan perasaan orang lain. Inikah manusia? Malah melampaui batas ketika bergurau, tidak banyak bezanya dari binatang jika macam tu kan? (kecewa)

3) Patuh pada tuan

Anjing merupakan haiwan yang patuh pada tuannya, iaitu manusia.

Tapi, aku wondering, haiwan pun patuh pada tuannya. Tapi manusia kenapa susah nak patuh pada tuannya? Kadang kadang sampai lupa yang kita ni ber"tuan"


Susah sangatkah nak solat? Menutup aurat? Melakukan amar makruf nahi mungkar? Dengan erti kata lain mematuhi tuan kita, Allah SWT.

Entry ini untuk peringatan bagi kita semua And aku taknak menda tu terjadi dekat hampa semua. (lap air mata sendiri)

Seriously jangan jadikan diri anda sebagai binatang. Jadilah manusia yang paling berguna di muka bumi ini.

Kita diciptakan dengan akal. Maka gunakan akal tu sebaik mungkin.

~niel kpop~

BENGANG BETOL AKU!!


AISHHH.BENGANG BETOL AKU KAT BUDAK PEREMPUAN TUH.AKU TAU LAH,AKU COPYCAT BLOG KAU..AKU DAH DELETE KAN?KAU NAK APE LAGI?PERGI ****** la kauu!marah betol aku...kau pergi larh wat ENTRI pasal aku,ko pikir aku kisah ke?huh!!memang larh  salah aku,tapi dia masih tak puas aty dengan aku ag?~!!
aku dah edit balik semua ape yg aku ikot dya..!!!

KAU JANGAN PIKIR KAU TUH BAGOS SGT LAA,MENTANG2 BNYK FOLLOWERS!

ERR..!

asl kite punya blog jadi mcm niy?



arghh.korang tau tak kenapa blog niel jadi mcm niy?nak bace entry org pown susah.da REFRESH banyak kali still mcm niy jugakk.korang tau tak macam mana nak buat?kalau tau komen yer,niel da tak tau ape nk buat-.-



TAHNIAH MALAYSIA!




hello guys (:
arini memang paling SYOK laa,nak tahu tak kenapa?
MALAYSIA menang weyhhh!!~aku bangga gile..walaupon malaysia x ade bnyk EMAS dalam sukan SEA tapi maruah kite tak tergadai(:
NASIB BAIK KAU GOAL TD~HEE.

KEEPER TERBAIKK,BANYAK MENYELAMATKAN  BOLA~

UNTUK INDONESIA PULAK:
Indon sila bungkus kain korunk n p balik INDONESIA ! Chooii ! 

# We are proud to be MALAYSIAN ! We Are educated not like yours. Burned our nation FLAG is not a matured attitude !! We MALAYSIAN prove it our soccer is more better then yours ! Sekian, Terima Kasih ! ♥




SEDAPNYER~~








LAGU WONDERPET VERSION HARIMAU MELAYA

 

LAWAK JEH~

Lagu Wonderpet Version Harimau Malaya
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Wisell.. kami datangg..
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Anak Garuda...Terpatah sayapp..
Garuda..terpatah sayapnya..disanaa..
Kesian Garuda..Matanya buta..
Matanya Buta terkena laser..

Harimau, Malaya, kami datanggg..
Membaham binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. Malaysia.. Yeyyyy :D

DOA KAN MALAYSIA MENANG MALAM NIY YAA?


BERJUMPA lagi kita di blog yaa?hihi..malam niy korang tau tak ada apa?tak kan lah tak tahu kowt,.biar niel bagitau korang semua..malam niy MALAYSIA VS INDONESIA dekat STADIUM GELORA BUNG KARNO. marilah ramai-ramai doakan malaysia boleh menang malam niy..kita GANYANG sayap GARUDA.HAHA!!~

  • TARIKH:21 NOVEMBER 2011
  • MASA:PUKUL 8:30 MALAM
  • LOKASI:STADIUM GELORA BUNG KARNO


LELAKI YANG BERSIFAT KERAS~


HELO GUYS,niel nak cerita sesuatu niy.jom bace!~

Benarkah lelaki ini bersifat keras? Jikalau benar, kenapa masih ada lelaki yang bersifat lembut? Dimana salahnya? Apa puncanya?

Apa yang aku ingin cakapkan kat sini, sebenarnya..


Apa yang orang cuba cari melalui keyword "lelaki yang bersifat keras" ini?

Bagi aku, lelaki tetap lelaki tak kisah lembut atau keras. Kerana fitrah kejadian yang Allah S.W.T telah tetapkan, rupa fizikalnya adalah seperti lelaki. Namun apabila muncul naluri kewanitaan itu, harus berjaga-jaga dan kena pandai mengawalnya.

Adalah menyedihkan apabila semata-mata nak melengkapkan rasa dan naluri yang bertentangan dengan fitrah asalnya, seseorang itu sanggup melakukan pembedahan menukar jantina. MasyaAllah, tidak takutkah kamu akan seksa yang menanti kelak di alam akhirat?

Lelaki tak perlu lah menjadi keras sangat seperti batu, tak perlu menjadi lembut seperti sotong. Sesuaikan tingkah laku mengikut keadaan, tunjukkan kejantanan anda sebagai lelaki di tempat yang benar. Tak payah la nak tunjuk anda tu lelaki dengan cara membuli wanita. Ahh, sungguh tak cool bro. 

Biar luaran nampak keras, tapi dalaman ada hati lembut umpama taman sakura yang mekar. Kerana itu yang membentuk anda sebagai manusia. Ada akal, ada hati, ada nafsu dan ada naluri. Itulah manusia.

dalam hati ada taman, lalala~
Aku rasa, tak perlu nak keras sangat lah kan? 

JAMUAN KELAS =)


SALAM 1 MALAYSIA N SALAM 1 BLOGGER..harini aku ade jamuan kelas,korang nak tahu tak kat mane?cbe larh teke...(5 minit kemudian)korang tak dapat teke ek?sbrnanya kteorg wt jamuan dekat KFC larh...,lepas dah makan KFC,kteorg pi berjalan pulakk.arini panas gler wehh~selalunye hujan.korang nak tengok gambar tak?meh aku tunjuk ^_^
.
.
.


                                                       [ kt tepi tuh aku (:]
.
.
.
                                                               [aku tuhhh]
                                                                                 .
.
.

                                                            [kawan aku]
.
.
.

                                                      [kawan jugaa]

.
.
.
                                                             [aku lagi]
.
.
.
 [cikgu akuu]
da larh tuh,buad ape nak letak bnyk-bnyk.hihi...
MEMANG BEST LARH ARINI


~niel kpop~


nielkpop

PAGEVIEWS

BLOG ARCHIVES

up