Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Panduan atasi perasaan malu ^^

Malu, Panduan mengatasinya

Miza seorang gadis yang berkulit putih kemerahan.

Setiap kali dipuji mukanya akan bertukar warna serta menampakkan kelainan pada wajahnya. Begitu juga ketika Miza dimalukan oleh rakan-rakan.

Namun yang lebih teruk, Miza juga mempunyai tahap malu yang keterlaluan sehinggakan dirinya terasa tersisih, tidak ramai rakan serta sering rasa diri dipulaukan.

Hakikatnya, semua orang mempunyai sifat malu, baik lelaki mahupun wanita akan merasa malu pada waktu-waktu tertentu dalam hidupnya.

Apabila berasa malu, kita sebenarnya mengalami rasa tidak selesa sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka panjang, tidak mampu untuk bertentang mata atau berkata-kata.

Antara keadaan yang menimbulkan rasa malu kepada kita termasuklah, apabila diperkenalkan kepada seseorang yang sangat diminati.

Malu juga akan dialami sekiranya anda pergi ke suatu tempat yang baru anda
kunjungi dan pengunjungnya tidak anda kenali walau seorang pun.

Dalam waktu-waktu biasa, kita juga akan merasa malu apabila ingin bertanya
kemusykilan terutamanya dalam kelas, meminta sesuatu ketika berada di sesebuah kedai dan sebagainya.

Kita juga akan merasa malu untuk berjumpa orang ramai sekiranya kita tidak mempunyai rupa paras yang cantik atau keadaan fizikal yang baik seperti 'golongan istimewa'.

Adalah perkara biasa jika seseorang itu merasa malu, namun malu juga boleh membawa kepada keadaan yang lebih parah sekiranya seseorang itu 'malu tidak bertempat'.

Lebih parah pula, malu boleh menjadikan seseorang itu murung, kurang keyakinan diri atau menghadapi masalah mental dengan mencipta dunia tersendiri termasuklah mencari ketenangan dengan cara yang tidak sewajarnya.

PUNCA MALU

Perasaan malu yang ada dalam diri kita banyak bergantung pada apa yang dilalui oleh diri sendiri semasa kita kecil.

Keakraban hubungan di antara ibu serta bayi yang dilahirkan boleh mencorakkan hubungan anak-anak mereka di masa akan datang.

Penting bagi ibu bapa tahu bahawa, kanak-kanak bukan sahaja perlukan kasih sayang bahkan mereka juga memerlukan belaian seterusnya perlindungan dalam perkembangan emosi.

Mereka yang terlalu dimanjakan dikatakan lebih malu berbanding mereka yang tidak dipedulikan oleh keluarga semasa kecilnya.

Ini kerana malu sentiasa wujud dengan kasih sayang serta perhatian baik yang sewajarnya diberikan kepada mereka.

CARA MENGATASINYA

Malu memang dirasai oleh semua orang tidak kira lelaki dan wanita. Namun dalam hal ini wanita mempunyai lebih banyak sifat malu berbanding lelaki.

Apa yang membezakan hanyalah tahap malu sama ada yang biasa serta yang serius hingga boleh mengganggu hidup serta perjalanan bersosial.

Lantaran sifat malu sering dialami semua orang, mereka yang mengalaminya pada tahap yang biasa tidak perlu risau mengenainya.

Bagaimanapun, jika malu berada di tahap yang kronik, sesuatu harus dilakukan agar sifat ini tidak terus-terusan memakan diri sendiri.

PANDUAN ATASI MALU

* Sering menilai diri sendiri dari semasa ke semasa. Ini dapat membantu mencari punca sebenar mengapa anda begitu malu.

* Melatih diri supaya sentiasa berada dalam keadaan relaks kerana ini boleh membantu menggelakkan tekanan atau panik terutamanya ketika berada
bersama orang ramai.

* Jika menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang ramai sedangkan anda banyak undangan, cuba berlatih untuk bercakap dengan baik beberapa ketika khususnya di hadapan cermin. Ini kerana pengkritik yang baik adalah diri sendiri.

* Sekiranya anda berasa malu kerana bentuk fizikal atau wajah anda tidak menarik, sentiasa katakan pada diri anda bahawa anda mempunyai keistimewaan yang lain selain kekurangan pada fizikal anda.

Hanya anda yang tahu keistimewaan pada diri sendiri, justeru itu hargainya sebaik mungkin.

* Terdapat beberapa kelas atau pusat yang mengajar bagaimana untuk membina keyakinan diri. Anda boleh menghadiri kelas tersebut jika berminat.

* Melibatkan diri dalam kerja-kerja amal adalah cara yang terbaik untuk berjumpa dengan orang ramai.

Sekali gus ia dapat membantu menghilangkan rasa malu atau kurang keyakinan diri untuk menghadapi keadaan sekeliling. Jika anda mempunyai tahap malu yang keterlaluan, bertindaklah segera mulai hari ini.^^v

2 comments:

hnahdy said...

hana pun malu tapi buat2 tak malu..huhu

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Yana malu kalau pegi majlis2 , mcm kenduri or tahlil . :)

nielkpop

PAGEVIEWS

up