Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Tips untuk melakukan kebaikan :)



Panduan Motivasi Islam: Tips untuk melakukan kebaikan

1-Hendaklah segera jangan bertangguh: 
Daripada Abu Sirwa'ah 'Ukbah bin al-Harith r.a berkata: "Saya solat Asar di belakang Rasulullah s.a.w di Madinah, kemudian setelah Baginda salam, Baginda segera bangun terus melangkahi leher (barisan) para sahabat menuju ke bilik salah seorang isteri Baginda. Para sahabat terkejut atas tergesa-gesa Baginda itu, lalu Baginda bersabda: "Aku teringat sepotong emas dan aku tidak ingin terganggu kerananya, maka aku menyuruh membahagi-bahagikannya." (Riwayat al-Bukhari)

Motivasi Islam


2-Yakin dengan balasan Allah: 
Daripada Jabir r.a mengatakan bahawa pada perang Uhud ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w: "Apakah tuan tahu, seandainya sya terbunuh, maka dimanakah tempat saya?" Baginda menjawab: "Di Syurga." Kemudian orang itu terus melemparkan biji-biji kurma yang ada ditangannya, lalu ia maju perang sehingga ia mati terbunuh." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3-Melakukannya dengan bersungguh-sungguh: 
Daripada Anas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w pada perang Uhud mengambil pedang seraya bersabda: "Siapakah yang mahu menerima pedang ini?" Maka setiap orang menghulurkan tangannya sambil berkata: "Saya, saya." Baginda bersabda lagi: "Siapakah yang mahu mengambilnya dengan penuh tanggungjawab?" Maka semua orang terdiam. Kemudian Abu Dujanah r.a berkata: "Saya akan menerimanya dengan penuh tanggungjawab." Maka pedang itu diberikan kepada Abu Dujanah, kemudian ia menggunakannya untuk memenggal leher-leher orang-orang musyrik." (Riwayat Muslim)

4-Galakkan untuk membuat kebaikan: 
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa ada seseorang datang kepada Nbai s.a.w dan bertanya: 'Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?" Baginda menjawab: "Iaitu kamu bersedekah sedangkan kamu masih sihat, suka harta, takut miskin dan masih ingin kaya. Dan janganlah kamu menunda-nunda sehingga bila nyawa sudah sampai di tenggorokkan (Nazak), maka kamu baru berkata: "Untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian, padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan (ahli waris)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Betul... Penting skali, kena ikhlas..

Lyeen De Syifa said...

niat kerana allah...buat baik d balas baik..:d insyaallah.

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Saya sokong dengan entry ni :') Thanks share :) Alhamdulillah .

nielkpop

PAGEVIEWS

up