Olá! Seja bem-vindo ao meu blog!

Aqui você dá as boas vindas aos seus leitores, fala sobre você e seu blog, contato:

E aqui você deixa os links de suas redes sociais, com ícones de sua preferência:

Menu

Faça um tour pelo blog ;3

Jiwa Remaja Suka Memberontak!

Bahana gagal kawal emosi

Bergaduh adik beradik adalah perkara biasa, tetapi apabila kesan daripada pergaduhan itu mewujudkan sesuatu tidak sepatutnya berlaku, kita sebagai masyarakat atau ibu bapa wajar memberi perhatian terhadap apa yang berlaku.

Remaja terutama, mereka sentiasa bersemangat menghadapi hidup, bersungguhsungguh mempertahankan hak, malah pada peringkat usia ini juga adalah individu yang berupaya merubah corak dan masa depan negara sekiranya didorong dengan betul oleh orang dewasa.

Justeru, perasaan marah apabila hak dihalang atau kehendak ditentang pastinya menjadikan `rasa marah' semakin menebal, lalu mendorong perkara tidak diingini berlaku walaupun tiada sebarang niat untuk melakukan kekasaran.
Kenali tahap kemarahan

Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil, berkata ada pelbagai tahap kemarahan dialami individu terutama remaja yang dikatakan gemar memberontak sekiranya kehendak tidak dituruti, namun boleh diatasi andai tahu caranya.

"Keadaan sedemikian dinamakan `angry disorder' atau mereka yang mengalaminya tidak dapat mengawal emosi apabila mengalami sesuatu keadaan dan mereka mungkin akan berasa menyesal sesudah melakukan suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku hanya kerana ingin melepaskan kemarahan.

"Merujuk kepada kes yang pernah berlaku, mereka mungkin tidak berniat melakukan kekasaran sehingga membawa padah, tetapi apabila berlaku senario pergaduhan dan berlaku tumbukan atau hentakan pada bahagian yang tepat mahupun sensitif pada badan, maka berlakulah kejadian tidak diingini itu," katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Tangani dengan bijak

Katanya keadaan membabitkan `perasaan' tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada individu sekeliling mahupun individu pelaku itu sendiri kerana jika dilihat secara umum, tiada individu mahu hidup dalam keadaan sentiasa dihantui kemarahan.

"Kadang-kadang masyarakat mengambil mudah mengenai gejala kemarahan dan bagaimana mengawal kemarahan. Fenomena ini perlu diberi perhatian kerana ia meninggalkan kesan buruk kepada pelaku atau individu yang mengalaminya.

"Jika dikesan pada anak atau individu mengalami keadaan ini, ibu bapa perlu mengatasinya dengan membawanya berjumpa pakar psikiatri atau pakar yang mengetahui mengenainya," katanya.

Sehubungan itu, jangan pandang remeh mengenai kemarahan yang jika tidak dikawal dengan sewajarnya, boleh membawa mudarat terhadap pelaku. Ada pelbagai alternatif boleh dilakukan untuk mengawal kemarahan, antaranya ibu bapa perlu peka terhadap keadaan anak yang mengalami masalah berkaitan.

Bertanya pakar

"Jika tiada pilihan, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa pakar psikiatri atau pakar sakit jiwa kerana keadaan tidak boleh dibiarkan berterusan. Saya juga ingin menyarankan kepada individu terbabit yang mengusahakan kem motivasi supaya memasukkan juga kursus atau yang sama tujuan iaitu `bagaimana mengawal kemarahan' kerana apabila di kem motivasi, remaja biasanya sangat teruja," katanya.

Dr Hussain berkata, menghadiri kem motivasi juga adalah antara perkara positif yang boleh dilakukan remaja yang ingin menangani sikap pemarah ada pada mereka, bahkan banyak perkara boleh pelajari dengan menghadiri kem seumpamanya.

Formula lerai sengketa

Melihat anak bergaduh sesama sendiri adalah perkara biasa bagi Rosfazilla Ramli, 41, namun beliau mempunyai formula sendiri bagi meleraikan pergaduhan antara anak yang sebenarnya mengeratkan lagi kasih sayang sesama mereka.

Ibu kepada Mir Afiq Shahmie Muhamad Ali, 15, Mir Arif Najmi, 12 dan Mir Fasya Aina, 11, ini membesar di kalangan adik beradik lelaki ketika kecilnya dan beliau tidak kaget apabila mendapati anak juga bergurau agak kasar ketika berada di rumah.

"Ada sekali anak sulung bergaduh dengan adiknya ketika saya menunaikan umrah bersama suami. Apabila kami balik ke rumah, si adik mengadu mengenai pergaduhan dengan abangnya.

"Saya terkejut kerana Najmi mengadu si abang, Shahmie, menghentak kepala dia ke lantai kerana marah. Perbuatan berkenaan tidaklah sampai mencederakan namun sedikit melampau. Jadi saya memanggil keduaduanya dan bertanya kepada si abang apa perasaannya sekiranya saya melakukan perkara sama kepada dia," katanya.

Jawapan abang adalah tidak mahu diperlakukan begitu oleh ibu. Justeru, Rosfazilla juga meminta anaknya tidak lagi bergurau secara kasar begitu kerana ia bukan perbuatan baik untuk dilakukan walaupun dianggap bergurau.

Nasihat secara lembut

"Saya tidak akan marah pada anak, tapi lebih gemar memberi contoh dan perbandingan supaya mereka berfikir mengenai buruk baik sesuatu perkara yang akan dilakukan.

Shahmie faham apa yang saya cuba lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya. Katanya ketika itu dia sedang dalam keadaan marah. Saya juga memberi contoh dan cadangan untuk dia mengawal marah sekiranya berlaku lagi perkara berkenaan," katanya.

Ada banyak perkara perlu dilakukan ibu bapa untuk mengetahui perangai dan tabiat anak kerana pengaruh elemen persekitaran banyak yang boleh mempengaruhi perlakuan anak.

Beliau yang bertugas sebagai Perunding Latihan dan Pengurusan Majlis JRS Event mengakui, tugas ibu kini agak mencabar kerana gejala negatif ada di mana-mana dan mudah mempengaruhi remaja.

Cara mengatasi kemarahan

* Jangan biarkan kemarahan menguasai diri.

* Jika wujud rasa marah dalam diri, jauhkan diri dari individu yang menyebabkan kemarahan. Cuba duduk dan tenangkan diri.

* Dapatkan bantuan ibu bapa atau bercakap kepada mereka mengenai sifat marah yang ada dalam diri.

* Bercakap dan meluahkan kepada rakan yang dipercayai boleh membantu mengurangkan rasa marah dalam diri.

* Jika masih tidak dapat mengatasi rasa marah, minta pertolongan ibu bapa atau individu yang dipercayai untuk membawa anda bertemu pakar psikiatris.

* Elakkan berbual sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan.

BAJU RUNNINGMAN~>SINI !

1 comment:

Unknown said...

Waalaikummussalam ^ ^
Bagi orang Islam , ada baiknya kalau tengah marah , baik amek wudhuk .
perasaan marah tu kerja syaitan :)

nielkpop

PAGEVIEWS

up